Tuesday 13 September 2011

Ahlan Wasahlan ke KRU kepada Mahasiswa/i baru





Assalamualaikum...

Selamat kembali ke UTM kepada seluruh warga KRU ktc yang dikasihi dan disayangi. Semoga kita lebih bersemangat untuk menempuh hari2 yang mendatang sambil mencari keredhaannNya.

Ahlan Wasahlan di ucapkan kepada Mahasiswa/i yang baru menjejakkan kaki ke UTM skudai ini. Kami warga KRU ktc sentiasa membuka pintu menerima kedatangan Mahasiswa/i yang baru untuk sama2 berukhuwah di jalanNya.

Untuk pengetahuan Mahasiswa/i yang baru, Matlamat utama kelab ini adalah untuk menyemai rasa cinta mahasiswa/i dengan 'islam ad-deen' dimana kami mengajak anda untuk beriadah, bersukan, berniaga, bersosial dengan berlandaskan syara'. Penyertaan KRU bukanlah terhad kepada golongan tertentu sahaja, malah kami sangat mengalu-alukan mahasiswa/i yang ingin bersama kami tidak kira siapa/berlatar belakang apakah anda.

Pelbagai aktiviti telah sama2 kami laksanakan di samping mengeratkan lagi ukhuwah di antara warga KRU itu sendiri (^_^). Antara aktiviti kami adalah seperti Iftar, qiamullail, beriadah, berkayak, kem, bengkel software learning dan macam2 lagi.

Kami warga UTM menjemput adek2 mahasiswa/i yang baru untuk sama2 turut bersama kami berukhuwah fi sabilillah. Pintu kedatangan adek2 sentiasa di buka dari kami warga seluruhnya.

Untuk pendaftaran, Mahasiswa/i baru bole la mendaftar pada malam pengenalan kelab di booth kami iaitu booth KELAB REMAJA UKHUWAH.

InsyaAllah, bersama kita memperkasa Mahasiswa/i dengan berukhuwah.
wassalamualaikum wbt..

dari kami KELAB REMAJA UKHUWAH =)

Sunday 4 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada rakan-rakan Kelab Remaja Ukhwah yang masih setia menyokong kami.

Pertama dan selamanya, Alhamdulillah kita panjatkan di atas segala nikmat yang diberikan kepada kita sebagai hamba yang tidak punya apa. Bahkan, mabruk alaikum dan sekalung syabas kepada rakan-rakan yang beragama Islam semua kerana telah berjaya menyempurnakan kewajipan berpuasa selama sebulan. 

Mudah-mudahan amalan kita diterima Allah, taqabballallah minna waminkum, insya Allah.

Lumrah kehidupan, yang datang akan pergi. Begitu juga Ramadhan dan ia telah diganti dengan Syawal.

Ramadhan telah melabuhkan tirai
Meriah Syawal pasti menjelma
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Tangan dihulur, maaf dipinta

Tibanya Syawal petanda kepada kemenangan kita berjuang menahan nafsu di siang harinya serta melakukan ibadah sebanyak mungkin di malam harinya.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd!

Persoalannya, apakah tarbiyah Ramadhan benar-benar dapat kita hayati dan benarkah kita layak untuk menyambut hari kemenangan di pagi 1 Syawal?

Benarkah kita telah berjaya membersihkan diri, pulang kepada fitrah untuk menyambut Eid Fitri iaitu perayaan untuk meraikan fitrah?

Ya atau tidak, tidak mampu kita jawab dengan sejujurnya kerana hakikatnya Allah lebih mengetahui.

Mudah-mudahan segala amalan yang dilakukan di dunia ini dapat dituai hasilnya di akhirat kelak, insya Allah.

Doa kami dari pihak KRU juga agar istiqamah kita sewaktu Ramadhan dapat diteruskan dan biasan tarbiyah itu dapat dizahirkan dalam hari-hari mendatang sebelum tibanya Ramadhan seterusnya atau hingga datangnya pertemuan yang abadi dengan Yang Maha Pemberi Ni’mat.

Teruskan usaha mendaki tangga untuk mencapai puncak redha Ilah kerana tiadalah yang lebih utama dalam hidup seorang mukmin melainkan dirinya diselimuti sutera kasih sayang Tuhan Yang Maha Penyayang.

Wallahua'lam