Wednesday 3 August 2011

Di Mana Syurga Saya Part II

Bismillah…

Orait seperti yang dijanjikan, saya nak sambung semula kisah pasal anak-beranak yang agak bermasalah ni.Daripada kisah yang lepas kita dapat melihat bagaimana perangai seorang anak bongsu perempuan yang terlebih manja, disangka dirinya bidadari dunia.Sekarang kita focus kepada perihal budak ni je(memang nak highlightkan budak ni je pun dalam kisah ni).



Situasi seterusnya, sewaktu nak pergi sekolah. Kebiasaannya si ibu yang memghantar tetapi pagi tersebut si abang yang menawarkan diri hendak menghantar adik kesayangan.Si kakak yang cukup memahami kesesakan trafik pada awal pagi telah bersiap lebih awal.Yang paling manja siap agak lewat. Sebelum bertolak si abang yang duk gelabah mencari kunci kereta telah dimaki hamun, namun kuatnya kesabaran seorang lelaki ni di tahannya.Abang menambil keputusan untuk menghantar kakak ke sekolahnya terlebih dahulu(2 beradik ni belajar kat sekolah berbeza).Apalagi, memang hangin la si bongsu.Sampai sahaja di pintu pagar sekolah, pintu kereta dihempas sekuat-kuatnya sebagai tanda protes.Waktu balik pun sama, si abang dibuat tak ubah seperti pemandu upahan walaupun terlewat sikit, marahnya sampai ke tangga rumah.



Begitulah seterusnya berlaku dalam kisah-kisah harian yang lain.Suatu hari darah muda si abang tercabar "Woi dik, kamu dah betul-betul melampau. Kalaupun tak nak hormat aku sebagai abang, paling tidak hormatlah sikit kat mak tu".Adik tersayang pantang dimarah terus menjawab"Ahh, engkau apa tahu.Lantak aku la.I am the princess of this house”.Si abang dengan rasa bengang terus bagi penampar campur sket nasihat dengan nada melenting “Aku rasa kau tak sesuai jadi anak mak.Kamu buat ahli keluarga ni macam hamba.Lebih-lebih lagi mak ni.Kamu dah rasa senang seolah-olah kamulah yang paling mulia.Sekarang kalau kamu rasa mulia sangat, baik sangat, jangan duduk lagi kat rumah ni.Keluar pergi cari syurga kamu sendiri.” Tersentak si ibu mendengarnya. Si kakak pulak yang nak jadi pendamai”Abang, sudahlah. Tu kan adik kita”.Tiba-tiba si bongsu melawan”Eleh akak,tak payah nak tunjuk baik la. Tangan si abang terus terangkat dan hampir jatuh mengenai pipi budak biadap tu, tiba-tiba ketua keluarga muncul menyelematkan keadaan.Tangan si abang di sambut si ayah yang baru pulang dari kerja.”Dahla, memang semua orang tak suka aku lagi kat dalam rumah ni.Memang sebab abang la rumah ni dah jadi macam neraka.Korang semua tengok la nanti,aku nak keluar cari syurga.Aku tak kira.Selamat tinggal…”Terlopong si ayah tanpa kata mendengar dengusan si bongsu.Semua pujuk rayu tidak diendahkan lagi.Si bongsu keluar membawa diri…



Perjalanan mencari syurga pun bermula.Si adik berjalan sambil menelefon rakannya Sara.Rancangannya hendak melepaskan geram tadi di rumah kawannya tu. Sampai sahaja di rumah Sara diceritakan apa yang telah berlaku”Woit, kau ni dah bertambah gila ke apa,Mana kau nak cari syurga kat luar ni?”Bentak Sara.”Ahh,aku tak kira! Aku nak tunjukkan kat abang aku yang aku boleh bawak balik syurga masuk umah tu.Biar terbeliak mata dia nanti.”Terkejut Sara”Aku rasa kau ni dah memang confirm bangang.Tapi takpe,kalau betul kau nak syurga aku boleh tolong tunjukkan”kata Sara sambil senyum-senyum sinis.”Betul ke ni Sara? Si Adik macam tak percaya.”Apalagi, kau tunggu aku bersiap-siap jap.Kena siap lawa-lawa, nak pergi cari surga kan.”Seloroh Sara sambil ketawa geli hati dengan kawannya tu. Seketika kemudian mereka pun keluar.Dipendekkan cerita habis 5 6 kompleks beli belah mereka tala cukup-cukup.Si Adik rasa lain macam terus bertanya”Apa ni Sara, kau kata nak bawak aku pergi syurga?”Laa,kau tak perasan lagi rupanya, yang kita duk jalan-jalan pegi shopping sakan semua ni syurga la ni.Ni orang panggil ‘syurga dunia’. Kau gelek je kad kredit kau tu, macam-macam boleh dapat.Silap-silap dengan mamat-mamat jambu kat depan ni tergelek sekali.”si Adik tercengang memikirkan ada betul juga cakap Sara tu.Hampir 2 3 hari Si Adik melepak kat rumah Sara.Kebetulan ibu bapa Sara ke luar negara.Yang tinggal pun abang Sara yang juga tak pernah lekat di rumah.

Dalam masa yang sama si Ayah berusaha mencari anak bongsu kesayanggannya. Yang ditemui hanyalah sekeping surat “financial payment” atas nama anaknya hasil daripada gelekan kad kredit puteri manja tu. Dekat rumah Sara pula puas si Adik memikirkan kalau setakat membeli belah sakan lepas tu bawak balik tunjuk kat abang tentu akan di tertawakan.Dia merasakan dia patut teruskan mencari syurga dekat tempat lain.Dengan Sara ingatkan syurga boleh dapat, duit pulak yang habis kena ‘lipat’ dek kawan sendiri. Maka si Adik keluar meneruskan pencariannya. Dia berjalan tanpa arah tuju. Di pertengahan jalan dia menahan teksi.”Nak kemana adik manis?”Tanya pemandu.”Abang bawalah saya kemana pun, jangan berhenti sampai saya suruh”

Pemandu tersebut merasa pelik lantas bertanya”Abang tengok adik ni macam ada masalah je.Ada tak tempat yang adik rasa boleh tolong adik tenangkan fikiran.Abang boleh tolong bawakan”Si adik merasa tidak senang dengan pelawaan pemadu terus menengking”Jalan ajelah! Orang tengah kusut duk fikir kat mana nak cari syurga ni dia boleh buat megada-ngada pulak,dah cepat jalan”Terkejut pemandu tersebut.Apa lagi yang boleh dikatakan, ikot sajalah sambil dalam hatinya berkata”Ada peluang ni” sambil menjilat bibir beberapa kali. Lantas pemandu tersebut membelok teksinya ke arah lorong gelap. Kebetulan hari pun dah lewat malam.Tiba-tiba teksi diberhentikan.Apalagi, mengamuklah si adik…

Dan sesiapa yang tengah duk syok baca tu jangan mengamuk ye, insyaAllah saya akan sambung lagi kisah ni di lain waktu….

No comments:

Post a Comment