Sunday 14 August 2011

ukhuwah


Ukhuwah. Satu perkataan yang sinonim dengan setiap individu Islam. Namun, sejauh mana kita memahami dan menghayati maksud perkataan ini?

MAKSUD  UKHUWAH
Imam Syahid  Hassan Al-Banna (semoga Allah merahmatinya) berkata:
“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah : mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya, dan ukhuwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran, kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta, dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar(mengutamakan saudaranya).”
“Dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung”. (QS Al-Hasyr : 9)


PROSES TRBENTUKNYA UKHUWAH ISLAMIAH
1)    TAARUF (saling berkenalan)
 Perkenalan pertama antara individu tenunya kepada penampilan fizikal (Jasadiyyan) seperti tubuh, wajah, gaya bicara, tingkah laku, pekerjaan, pendidikan dan sebagainya. Seterusnya, interaksi akan menjurus kepada pengenalan pemikiran (fikriyyan). Perkara ini dilakukan dengan dialog, pandangan terhadap suatu masalah, kecenderungan berfikir, tokoh idola dan lain-lain. Akhirnya, proses taaruf memasuki fasa terakhir, iaitu mengenal kejiwaan (Nafsiyyan) yang ditekankan kepada keupayaan memahami jiwa, emosi dan tingkah laku.
2)    TAFAHUM (Saling Memahami)
Proses ini berjalan secara spontan. Contohnya, kita memahami kekurangan dan kelebihan saudara kita apabila sering meluangkan masa bersamanya.
3)  TA’AWUN (Saling Menolong)
Ta’awun terjalin apabila hati saling mendoakan, pemikiran ( saling berbincang dan menasihati), dan perbuatan (saling bantu membantu).
Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu, amak eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekakalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman/keyakinan.

4)   TAKAFUL (Saling terikat)
Rasa senang dan susah bersama.Ketika saudara kita mempunyai masalah, maka kita akan turut merasa beban masalah tersebut. Bak kata pepatah, cubit paha kana, paha kiri terasa sakitnya.
5)    ITSAR ( Mendahulukan orang lain dari diri sendiri)
Ini adalah tingkatan tertinggi dalam ukhuwah.

Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri (HR. Bukhari-Muslim).


Dengan adanya ukhuwah Rasulullah berjaya membentuk sebuah negara Islam. Dengan adanya ukhuwah juga, Rasulullah serta para sahabat berjaya dalam peperangan. Dengan adanya ukhuwah, umat Islam menjadi lebih kuat. Dan pastinya, ukhuwah yang diredhai Allah ialah ukhuwah yang didasari atas dasar iman. Berjumpa kerana Allah, berukhuwah kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.


RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ayuh, muhasabah diri kita. Bagaimanakah ukhuwah kita dengan sahabat-sahabat kita pada saat ini? Layakkah kita tergolong dalam salah satu dari tujuh golongan yang disebutkan?


Wallahu’alam.



No comments:

Post a Comment