Friday 22 July 2011

Dimana Syurga Saya?

Bismillahirrahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t.alhamdulillah tak disangka-sangka saya diberi kesempatan untuk turut sama-sama 'menconteng' blog ini.Perasaan bilamana kita diberi peluang macam ni memang tak tau nak kata apa.cukup-cukup seronok.Tapi mula-mula je rasa macam ni,pastu dah tak tau nak buat apa.Pening punya pening duk fikir idea dapatlah tajuk entry macam kat atas nu.

Dah habis intro.Jadi sepertimana yang duk tercengang kat atas tu,pernahkah keluar dari mulut kita soalan seperti ini?mungkin ada yang dah tau jawapannya.Apa yang saya cuba nak kongsikan adalah suatu kisah yang berlaku.Sebelum tu diingatkan ini bukanlah cerpen atau karya yang berkait dengan mana-mana pihak dari segi penggunaan nama watak dan sebagainya.Hanyalah sekadar kisah untuk kita sama-sama ambil iktibar.

Orait kisahnya bermula dalam sebuah taman perumahan.Di kawasan pinggir bandar yang mana boleh dikatakan majoriti daripada penduduknya merupakan golongan elit dan orang-orang ternama.Senang cakap kawasan orang-orang kaya la ni.Kita pendekkan cerita dalam sebuah rumah tinggallah satu keluarga yang harmoni.Ada ayah, ibu, dan empat orang anak dalam kehidupan yang serba mewah.Anak sulung dan keduanya lelaki.Sebelum mendapat 2 orang adik perempuan yang selebihnya kedua-dua orang si abang membesar dalam keadaan yang tidak semewah si adik perempuan.Maklumlah selepas kahwin dimurahkan rezeki si ibu dan si bapa terus dapat 2 cahaya mata.Dalam masa yang sama, si ayah baru memulakan kerjaya dan si ibu masih terus berbelah bahagi antara kerjaya lama dan anak-anak yang dikandungnya. Kerana sayang anak melebihi segalanya kerjaya dikorbankan, jadi tinggallah si ayah yang berhempas pulas mencari rezeki.

Masa pun berlalu dan kelahiran 2 orang puteri pula disambut.Dalam keadaan rezeki yang semakin bertambah berkat kesungguhan bekerja,membesarlah semua anak mereka dalam keadaan yang baik.Lebih-lebih lagi dua puteri terakhir mereka,sentiasa dikasihi melebihi kedua-dua si abang sehingga 2 anak perempuan ni menjadi begitu manja.Apa sahaja yang dikehendaki mesti ditunaikan.Perangai dua budak manja ni semakin menjadi-jadi bila meningkat remaja.Pada masa yang sama abang-abang mereka telah menambung pegajian di IPT yang takde kaitan dengan kisah ni.Dua budak manja tadi memang tak boleh saling melebih antara satu sama lain.Apa si kakak ada si adik kena ada, yang paling sakit hati kedua-dua punya citarasa berlainan dan tak boleh sama atau serupa atau seumpamanya dari segi barang,makanan,pakaian,dan lain-lain alatan.Mak ayah mana yang tak pening kalau masak lauk kegemaran si bongsu kakaknya tak akan makan.(Dia mampu mogok seharian tanpa makanan), kalau buat air kegemaran kakak pulak si adik yang buat protes.Hendak dipukul sayang.Hendak dimarah lebih-lebih boleh merajuk sampai 2 3 hari tak keluar bilik, tak nak bercakap dengan mak ayah sendiri.Selain doa dan tawakal hanya mampu sabar je mak ayah ni.

Nak dijadikan kisah suatu hari si abang pulang bercuti.Dalam hati mesti adik-adik aku sopan, baik,rajin tolong mak kat rumah dan bermacam pujian tanpa dengaran lagilah.Nampak je tangga terus si abang ni ketuk pintu.Lama menunggu pintu masih belum dibuka.Dalam rumah dah mula pergelutan.Dengan bermodalkan suara biadapnya si kakak menjerit "Ni suruh anak bongsu manja ni,orang tengah sibuk."Si adik tidak mengalah"Apasal aku pulak,alah bukak je la sendiri".Akhirnya si ibu yang mengalah keluar buka pintu.

Si abang mula berasa tidak selesa dengan adik-adik yang terlebih manja ni.Hari kedua di waktu subuh lebih menyakitkan hati si abang.Dimarahinya si ibu yang mengejutkan yang cuba nak kejutkan anak-anak dara dia bangun awal pagi.Yang paling 'hardcore' tentulah anak bongsu.Si kakak walaupun ada perangai sudah nampak sikit sebanyak kematangannya.Sekadar bangun amek hati bonda dan sambung tidur semula.Di dapur penuh dengan pinggan mangkuk yang kotor,dapur berselerak, meja makan tak berkemas dan rumah yang boleh dikatakan agak serabut mata memandang. Bayangkan rumah sebesar itu hanya si ibu yang mengemas tanpa bantua puteri-puteri yang sepatutnya dah boleh diharap. Kalau ikut logik memang tak perlu ada orang gaji.

Tiba-tiba terdengar ngauman singa betina"Apasal meja belajar ni bersepah,dah la! tak nak belajar"Diikuti dengan hentaman pintu bilik.Si kakak yang masih lagi ada hormatnya pada yang lebih berusia terus meluru ke bilik si adik.Hajatnya kalau tak dapat nak lempang budak tu,dapat lempang pintu dia kuat-kuat pun jadilah.Tetapi si ibu yang dapat merasakan akan tercetus pergaduahan besar terus menahan si kakak."Biarlah, lama-lama hilanglah merajuknya tu" itulah ayat yang selalu keluar sebaik salah seorang daripada 2 manja ni lancarkan 'mogok'.Si abang yang baru nak masuk campur menghormati keputusan ibunnya.Si ayah memang dah keluar awal-awal lagi, sibuk sangat dengan urusan cari rezeki....

Dan kisah ini insyaAllah akan saya sambung lagi selepas ni(buat masa ni sambung sendiri-sendiri dulu ye)...

No comments:

Post a Comment