Thursday 21 July 2011

kami mula dengan bismillahirahmanirrahim...


Kami mulakan langkah kami yang panjang dengan bismillahirahmanirrahim...

Setiap jalan pasti punya onak dan duri. Perjalanan yang jauh itu pasti akan bermula dengan langkah pertama. Betapa berharganya langkah pertama itu. Terfikir sama ada kita mampu atau tidak tentunya tidak akan membawa kemana melainkan kita bangun dan mula menapak untuk mencari sesuatu kepastian.

Terimalah picisan blog KELAB REMAJA UKHWAH yang berwajah baru ini. Diharapkan usaha kami yang sedikit ini mampu memberi manfaat kepada semua yang berda di luar sana khususnya remaja. 

Khas buat senior-senior kami dari Majlis Alumni KRU (MAKRU), tanpa kalian tidak mungkin KRU masih bertapak di KTC. Diharapkan blog ini terus hidup segar dengan memberi peringatan, kata-kata, hadith-hadith, potongan ayat-ayat suci al-Quran kerana peringatan itu amat berguna buat orang mukmin.

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”
(Adz-Dzariyat: 55)

Ahlan wa sahlan ke http://kelab-remaja-ukhwah.blogspot.com !!!!!!!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment